Tuesday, 16 July 2013

Burger Bob Keramat terbaekkk!!!

 Bagi anda yang kaki burger mesti tercari cari burger mana yang paling best. Kalau anda sihat dan tidak berpenyakit, mungkin anda perlu mencuba burger Bob yang popular saentero dunia sampai ke Eropah. Keistimewaan burger Bob ini adalah semua bahan yang digunakan tidak "kedekut". Burger anda pasti "penuh" dan keistimewaan lainnya ialah burger ni menggunakan bawang yang digoreng kicap berbanding bawang segar yang digunakan oleh burger biasa. Harga? masih biasa dan tidaklah mahal seperti burger bakar pada sesetengah tempat. Anda boleh cari sendiri di Youtube bagaimana burger ini dihasilkan. Mmmm...




Saturday, 13 July 2013

Mari Menyelam dalam akuarium


Bagi mereka yang sering membayangkan mereka menyelam dalam sungai kat kampung sendiri, anda boleh datang ke sini dan menikmati pemandangan dalam sungai. Terdapat lebih 15 jenis ikan yang tak mampu ditulis disini jenisnya terdapat dalam sungai buatan ini. Boleh tengok tapi jangan cuba-cuba pancing yer....





Jean Claude Van Damm vs Bolo Yeung

Bagi peminat filem Bloodsport, anda mesti tidak asing lagi dengan Jean Calude Van Damme dan Bolo. Mereka sering berlakon bersama sebagai seteru. Setelah 12 tahun mereka bertemu semula dan mereka sebenarnya adalah rakan baik berbanding dalam filem yang mereka selalu gaduh je. Kena tipu lagi...

Budak Paling Berani Di Dunia

Di India, seorang budak berusia dua tahun sedang merentasi sungai yang cetek bersama ibunya. Namun, sacara tiba-tiba satu "kepala air" datang dan hampir menghanyutkan budak tersebut.
Namun akhirnya, budak berusia dua tahun itu akhirnya berjaya diselamatkan. 

Thursday, 11 July 2013

Kurap pun ada lagu

Tak sangka kurap pun ada lagu. Siap rap lagi. Hahahaha....Ingat! jangan kutuk yer. Tengok ajer. Heheh.

Venom GT - Catat rekod kereta paling pantas ke 300km/sj. - 13.63 saat

Kereta yang dikeluarkan pada tahun 2010 ini telah membingungkan pencinta kenderaan bermotor pada 21 Januari 2013 apabila mencatat rekod dunia sebagai kereta paling pantas mencapai 300km/sj iaitu 13.63 saat. Tak percaya? Anda saksikanlah sendiri. Vrooommmm...!!

Viral - Video baru seminggu kapel (Puteri Awani)

Maleh nak cakap banyak, video ni menjadi viral sekarang. Korang carilah sendiri parody video ni. Memang lawak abesss...

hyundai Neos - Kereta pelik daripada Hyundai


Pada tahun 2000, Hyundai telah memperkenalkan kereta konsep ciptaanya terkini yang dinamakan Hyundai Neos. Ianya telah dipamerkan pada 2000 Paris Motor Show dan mendapat perthatian banyak media. Dengan enjin 2.0 liter dan 250 hp, hyundai tidak pernah bercadang untuk menjual model ini. Gigit jari ajerlaaa...


Ikan Chocoholic


Kebiasaan ikan yang tinggal didalam akuarium hanya akan makan makanan seperti palet dan anak ikan sebagai makanan ruji. Lain pula dengan seekor ikan kaloi di Akuarium Hidupan Marin London. Seekor ikan kaloi bernama Gary dilaporkan hanya menjamah wafer berlapis coklat sebagai makanannya.

Apa yang mengejutkan, walaupun mengalami fasa diet yang tidak sihat, Gary langsung tidak pernah menunjukkan mengalami masalah kesihatan malah lebih sihat berbanding ikan-ikan lain. Walaubagaimanapun, untuk mengelakkan Gary mengalami kesan obesiti, pihak Marin Akuarium telah merancang diet yang lebih baik untuk Gary. Mereka telah memasukkan potongan coklat wafer kedalam ramuan anggur dan pisang supaya Gary dapat menjamah makanan yang lebih sihat.

Ikan kaloi ini merupakan spesis ikan yang makan hampir semua benda. Orang kata, campaklah apa sahaja didepan mereka, pasti akan disambarnya.Entahlah.

Wanita ini "mengandung' setiap kali makan



Perut yang bulat dan buncit adalah kebiasaan kepada mereka yang mengandung. Tatapi, bagi Kerri Downdswell, dia nampak seperti mengandung pada setiap hari.Anehnya, setelah beberapa jam kelihatan mengandung, dia akan akan kelihatan seperti orang lain semula dengan perut yang kempis. Apa yang sebenarnya berlaku?

Apa yang berlaku adalah setelah menikmati makanan rutinnya, secara tiba-tiba perutnya akan mengembang dan membesar seperti mengandung tanpa diketahui sebabnya walaupun hanya menikmati sebiji epal.

Menurut kajian para doktorm Kerri mungkin mengalami  sindrom usus yang dikenali sebagai irritable bowel syndrome. Penyakit ini tiada ubatnya dan sukar dikawal. Sehingga kini, dia masih mengalami sindrom tersebut selepas menikmati hidangan makanan walaupun sedikit tetapi dia tidak menyusahkan Kerri kerana ianya sedikit pun tidak menyakitkannya sama sekali. Ada pulak camtu!

Suara sekuat helikopter


Seorang wanita daripada Thailand, Jittarat Wongsomboonberusia 55 tahun telah diiktiraf sebagai manusia paling nyaring di dunia. Suaranya dikatakan mampu berbunyi sekuat 110 desibel iaitu sekuat bunyi helikopter..

Secara asasnya, suara seseorang manusia itu berbunyi sekitar 50 desibel apabila berkeadaan biasa tetapi akan meningkat kepada 70-90desibel pada keadaan tertentu seperti seperti sedang marah dan menjerit.

Menurut saintis, jika Jittrat mampu mengawal kelunakan suaranya, dia mampu memecahkan objek2 berkaca disekitarnya atau membuatkan objek2 tersebut mengalami keretakan. Anda berani buatkan makcik ni ketawa depan anda? Boleh. Siapkanlah putik kapas dan sumbat siap-siap kat dalam telinga anda.

Saturday, 6 July 2013

Subahanallah - Antara keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w


1. Rasullullah saw tiada bayang-bayang - Al-Hakim Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: Sesungguhnya Rasullulah itu tidak mempunyai bayang-bayang samada di bawah matahari ataupun bulan.

2. Rasullullah saw tidak akan dihinggapi lalat - Al-Qadhi 'Iyadh menyebut di dalam al-syifa' dan al-azafi dalam maulidnya ; "Di antara keistimewaan Nabi Muhammad saw ialah baginda tidak pernah dihinggapi lalat.
Ianya juga disebut oleh ibnu sabu'dalam al-khasa'is;"Sesungguhnya lalat tidak pernah menghinggapi pakaian baginda dan dia juga menambah sesungguhnya juga kutu pun tidak pernah menghinggapi baginda.

3.Peluh Rasullulah yang wangi

4. Dan banyak lagi sebenarnya.... sollu alan Nabi

Ducati Monster 795 vs Ducati 848 Streetfighter

Ducati Monster 795 - Specification:V-Twin, 4 stroke, 85HP@8250 rpm,torque 8kgm@6250rpm. Anggran harga RM70,000 on the road.
 
Ducati Streetfighter 848 - Specification:V-Twin, 4 stroke, 132HP@10,000 rpm,torque 9500rpm. Anggran harga RM100,000 on the road.

Anda peminat Ducati? Sebagai perempit tak berlesen, saya selalu memikirkan perbandingan ini. Sila pilih yang mana satu dan sila tengok duit masing2 sebab harga masing2 pun tahap cukur bulu kaki.Huh!

Rajinikanth tak pernah menghampakan

Anda peminat filem tamil? Adegan yang tak pernah tak ada dalam filem tamil adalah adegan bergaduh. Dalam banyak-banyak hero, anda pasti tidak dapat lupakan Rajinikanth yang aksinya selalu awesome.

Kesian - Gadis paling berbulu di dunia

 Saputra Sasupan sering menerima kutukan seperti "gadis serigala" atau Gadis kera" gara-gara wajahnya yang dipenuhi bulu yang lebat. Oleh itu, namanya telah tercatat dalam Guiness World Record sebagai gadis yang paling berbulu di dunia. Gadis yang berumur 11 tahun ini sebenarnya mengidap sindrom Ambras. Sejak abad ke-10, hanya 50 sahaja kes seperti ini yang pernah dilaporkan. Anda berjambang? Sindrom apa pulak tu? Hehe.

Misteri berat roh manusia seberat 21 gram

Seorang ahli Fizik pada sekitar satu abad yang lalu telah membuat kajian ke atas 6 orang yang telah nazak. Setelah keenam enam pesakit yang nazak itu meninggal dunia, beliau mendapati keenam enam pesakit itu telah kehilangan berat mereka sebanyak 21 gram secara konsisten.Adakah roh mempunyai berat? Dalam masa yang sama al-quran juga ada menyabut tentang roh sebanyak 21 kali. Ada pihak yang menganggap kajian Dr. Duncan ini sebagai sahih. Anda bagaimana?

"Katakanlah (wahai Muhammad): Roh itu dari perkara urusan Tuhan ku;kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan mengenainya melainkan sedikit"
(Surah Al-Isra';ayat 85)

Produa Bezza - Memang berbeza

Kita biasa membayangkan kereta jenama produa mempunyai rekabentuk yang tak menarik. Sekarang tidak lagi selepas Produa bakal mengeluarkan  Produa Bezza yang lebih bercirikan rekabentuk menarik dan sesuai untuk pelbagai peringkat golongan.Mungkin Proton boleh menyaingi produk ini dengan mengeluarkan model kereta yang lebih hebat daripada ini di masa depan. Kita tunggu jela...





Wednesday, 3 July 2013

Dasyat - Tumbuhan Pemakan Daging

 Kebiasaan yang ketara bagi yang bersifat karnivor adalah haiwan. Tetapi, ade juga sejenis tumbuhan yang bersifat demikian yang hidupnya hanyalah dengan memakan serangga. Tumbuhan ini dinamakan Dionaea Muscipula. Tumbuhan ini mula dijumpai pada 1760 oleh Gabenor Arthur di hutan Carolina Utara.Tumbuhan ini mempunya sensor semulajadi yang jika terdapat serangga yang masuk dalam daunnya yang terbuka itu, kelopaknya akan terus terkatup dan memerangkap mangsa. Bayangkan tumbuhan kecil ini sebesar rumah kita. Mungkin bukan serangga lagi menjadi mangsanya. Mungkinkah anda? Hehehe...





Awesome - Tasik Gippsland Tasik bercahaya biru


Anda tentu biasa melihat tasik kebiru biruan kan? Itu adalah biasa kerana ianya dilihat di waktu siang. Bagaimana pula jika ianya memantul cahaya biru di waktu malam? Tentu cantik kan? Itulah keajaiban tasik Gippsland di Australia. Menurut saintis, cahaya misteri itu muncul di permukaan tasik kerana terdapat reaksi kimia yang disebut sebagai bioluminescense. Ianya boleh wujud pada jasad sebahagian daripada tumbuhan dan haiwan. Jika hidupan tersebut mengeluarkan bahan kimia dan bertindak dengan oksigen di udara,oksigen akan terlarut dalam air.  Cahaya pula akan terhasil tanpa peningkatan suhu. Cahaya inilah yang dapat kita lihat terpantul berwarna biru di tasik ini. Oooo camtu. Walaupun cantik, sebenarnya tasik ini agak seram untuk dilihat pada waktu malam.




Akhirnya pemegang suara Sinchan diketahui juga

Setelah melihat banyak kali sinchan, kadang-kadang terfikir juga siapakah pemegang watak sinchan kat tv tu. Arfarlie Fikri Razali yang masih berumur 14 tahun telah bertanggungjawab memegang watak sinchan terbaru. Walaupun agak lain daripada watak asal, ianya masih lawak. Oh! camtu rupernyer...

Awesome - Peti Sejuk Bio-Robotik

 Bolehkah anda bayangkan teknologi peti ais  pada era 2050-an? Seorang oereka industri yang genius, Yuriy Dmitriev telah mencipta sebuah peti sejuk bersifat bio-robot yang lebih fleksibel kepada kita. Menariknya, peti sejuk ini tidak mempunya pintu. Pengguna cuma perlu meletakkan makanan mereka pada sejenis gel berwarna hijau terang. Gel itu sebenarnya adalah agen bio yang gunanya untuk menyejukkan makanan. Satu kelebihan yang pasti disukai oleh kita semua nanti ialah peti sejuk ini lebih menjimatkan tenaga elektrik kita berbanding mana-mana peti ais yang berada di muka bumi. Nak beli? Tunggu tahun 2050.