Setelah bersepakat, semua ahli rombongan dijemput ke satu lagi kawasan menarik iaitu ke sungai orang asli. Inilah rupa kampung orang asli yang terlatak tidak jauh daripada lokasi sungai comel tu tadi. Penulis tak berani nak tangkap gambar lebih2. Takut kena sumpit. Heheh.
Setelah meletakkan kereta dikawasan yang sepatutnya, perjalanan diteruskan dengan berjalan kaki lagi kira-kira dalam 500 meter lagi.Jauh tuuuuu...
Inilah pemandangan jalan menuju ke sungai itu.
Antara ahli jawatankuasa berusaha untuk sampai ke destinasi.
Akhirnya, lokasi sungai orang asli ini ditemui. Suasana yang agak mengagumkan. dengan batu2 besar yang jauh berbeza dengan keadaan sungai comel tu tadi.
Air disini sangat jernih tapi tidak terlalu sejuk. Sangat best untuk kaki menyelam. Boleh tengok live ikan-ikan dalam sungai.
Suri tak ketinggalan bermain dengan batu-batu yang terdapat di sungai tersebut.
Salah seorang anggota yang terlibat terus mandi untuk menghilangkan penat. Memang best katanya.
Akhirnya, perjalanan terhenti disini. Sampai kita bertemu lagi ke destinasi seterusnya. Adiosss...











No comments:
Post a Comment