Thursday, 11 July 2013
Wanita ini "mengandung' setiap kali makan
Perut yang bulat dan buncit adalah kebiasaan kepada mereka yang mengandung. Tatapi, bagi Kerri Downdswell, dia nampak seperti mengandung pada setiap hari.Anehnya, setelah beberapa jam kelihatan mengandung, dia akan akan kelihatan seperti orang lain semula dengan perut yang kempis. Apa yang sebenarnya berlaku?
Apa yang berlaku adalah setelah menikmati makanan rutinnya, secara tiba-tiba perutnya akan mengembang dan membesar seperti mengandung tanpa diketahui sebabnya walaupun hanya menikmati sebiji epal.
Menurut kajian para doktorm Kerri mungkin mengalami sindrom usus yang dikenali sebagai irritable bowel syndrome. Penyakit ini tiada ubatnya dan sukar dikawal. Sehingga kini, dia masih mengalami sindrom tersebut selepas menikmati hidangan makanan walaupun sedikit tetapi dia tidak menyusahkan Kerri kerana ianya sedikit pun tidak menyakitkannya sama sekali. Ada pulak camtu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment