Monday, 1 July 2013

Trip - Hari Kedua lawatan ke Kebun Sungai Jorong

 Haaaa.....bertemu lagi. Seperti dijanjikan, hari kedua kitaorang menjemput lebih ramai anggota pasukan "khas" untuk membantu "mengerjakan" sungai comel ni.
 Pemantauan yang lebih rapi dilakukan bagi merancang apa yang perlu dilakukan.
 Akhirnya, kerja-kerja pun dimulakan dengan Bismillah. Batu2 mula diangkat dan disusun melintang di sunagi bagi mewujudkan kolam yang agak dalam.
 Ketua operasi yakni ayahanda Baharudin cuba memantau dan memberi arahan supaya kerja2 boleh dijalankan dengan lancar.
 Batu2 berat cuba diangkat bersama sama.
 Dan dilemparkan pun bersama-sama. Agak-agaknya aper la reaksi anggota yang terlibat lepas kena air yang terpercik tu? Heheh...
 Encik Amir seperti biasa akan menjadi pekerja contoh kepada anggota2 yang lain. Beliau sedang cuba mengorek batu besar tu supaya senang digolekkan. Ishh...ishhh...The Rock pun tak tentu larat tuuu...
 Kesepakatan ahli pemuda sangat la mengharukan.
 Pemantauan berterusan oleh ahli jawatankuasa untuk melancarkan projek Mega ni...Projek mega?
 Penulis tanpa segan silu buat2 rajin membantu buat aper yang patut.
 Akhirnya, batu sebesar kura-kura berjaya diangkat oleh penulis setelah membaca beberapa surah pendek yang dihafal. Heheh...
 Untuk merasmikan kolam yang dah siap itu, Suri diberi penghormatan untuk merasmikannya...Huhuhu....Nak tengok kesudahan kolam tu?? Sila lihat bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..

 Cantik tak???Yang batu melintang tu la hasilnya. Kolam tadahan yang kat depan tu boleh dijadikan pusat rekreasi...
 Dalam perjalanan pulang, Abang Sal telah menahan seseorang yang menaiki motor dalam keadaan yang mecurigakan keluar daripada bukit belakang kebun tu. Apa yang dijumpai?
 Lorrrr....bawak petai rupernyer..patutla bawak motor tergesa gesa ajer.
Setelah rundingan harga dipersetujui, satu set petai dengan kira-kira 100 papan petai berjaya dirembat sebagai buah tangan nak balik nanti.Tapi.....dalam perjalanan balik, Puan Yanti telah mencadangkan satu lokasi yang menarik tak jauh daripada lokasi ini...lokasi baru??perjalanan pun diteruskan.

No comments:

Post a Comment