Thursday, 11 July 2013
Ikan Chocoholic
Kebiasaan ikan yang tinggal didalam akuarium hanya akan makan makanan seperti palet dan anak ikan sebagai makanan ruji. Lain pula dengan seekor ikan kaloi di Akuarium Hidupan Marin London. Seekor ikan kaloi bernama Gary dilaporkan hanya menjamah wafer berlapis coklat sebagai makanannya.
Apa yang mengejutkan, walaupun mengalami fasa diet yang tidak sihat, Gary langsung tidak pernah menunjukkan mengalami masalah kesihatan malah lebih sihat berbanding ikan-ikan lain. Walaubagaimanapun, untuk mengelakkan Gary mengalami kesan obesiti, pihak Marin Akuarium telah merancang diet yang lebih baik untuk Gary. Mereka telah memasukkan potongan coklat wafer kedalam ramuan anggur dan pisang supaya Gary dapat menjamah makanan yang lebih sihat.
Ikan kaloi ini merupakan spesis ikan yang makan hampir semua benda. Orang kata, campaklah apa sahaja didepan mereka, pasti akan disambarnya.Entahlah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment