Monday, 1 July 2013

Trip - Hari pertama ke kebun Sungai Jorong

 Trip kali ini dihadiri oleh penulis, Puan Yanti serta Suri. Rupa gambar kat atas tu adalah pemandangan daripada jauh kebun yang bakal dilawati. Tak jauh. Cuma kira2 5 minit daripada rumah sampai la kat sini. Best kat sini. pemandangan cantik serta berangin. Ingat perut je ke berangin? Bukit pun berangin tau...
 Setelah meredah jalan berliku selama hampir 10 minit lagi, akhirnya kitaorang pun sampai la kat atas bukit yang menempatkan kebun getah yang diusahakan dengan begitu rajin. Cantik tu kebun getah ni...
 Ini pemandangan sisi lain pulak. agak kemas dan cantik. Kat sini walaupun banyak nyamuk, ianya tetap berangin.
 Puan Yanti ingin bergambar dengan salah satu pokok getah warisan ni. Heheh.
 Untuk mengelakkan Suri digigit nyamuk lebih teruk lagi, baik dia diletakkan dalam raga moto. Senang.
Setelah lebih setengah jam lepak2 kat sini, kaki dah gatal nak gi ke satu lokasi lain iaitu kebun belah bawah. Jumpa lagi di post yang seterusnya....huhuhu...

No comments:

Post a Comment