Bagi anda yang kaki burger mesti tercari cari burger mana yang paling best. Kalau anda sihat dan tidak berpenyakit, mungkin anda perlu mencuba burger Bob yang popular saentero dunia sampai ke Eropah. Keistimewaan burger Bob ini adalah semua bahan yang digunakan tidak "kedekut". Burger anda pasti "penuh" dan keistimewaan lainnya ialah burger ni menggunakan bawang yang digoreng kicap berbanding bawang segar yang digunakan oleh burger biasa. Harga? masih biasa dan tidaklah mahal seperti burger bakar pada sesetengah tempat. Anda boleh cari sendiri di Youtube bagaimana burger ini dihasilkan. Mmmm...





No comments:
Post a Comment