Anda pernah dengar Pulau Socotra? Pulau yang berada di Yaman ni mampu menjadikan anda berada seolah olah berada di pulau khayalan.Berdasarkan kajian, terdapat 307 daripada 825 spesis tumbuhan di sini adalah endemik yakni spesis tumbuhan yang tidak akan ditemui di tempat lain di muka bumi ini. Malah, sesetengah spesis tumbuhan ini dianggarkan berusia lebih 20 juta tahun.Selain tumbuhan, haiwan disini juga agak pelik. Haiwan dsini mempunyai saiz yang lebih besar dan tampak seperti gergasi jika melihatnya darai dekat. Kerana keajaibannya, pulau ini telah mendapat pengiktirafan UNESCO pada Julai 2008. Berani datang ke sini?






No comments:
Post a Comment